Profil

Photobucket
RIDZWAN
Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang
4P1
muzik

=]
Tuesday, August 24, 2010

a) Jelaskan watak dan perwatakan Subuh.

Subuh adalah anak kepada Pak Mahmud. Dia mempunyai seorang ibu tiri ayng bernama Cik Besar.
Dia juga kawan rapat Senja, Salih dan Bujang. Tambahan pula, dia berasal dari Pulau Sengking.

Pertama, Subuh seorang yang berani membantu orang yang berada dalam kesukaran. Sifatnya yang berani jelas pada Bab 2 muka surat 19. Senja menceritakan bahawa Subuh telah mengajaknya dan rakan-rakan mendekati pasangan-pasangan yang berada di Science Park pada malam itu. Kereta pasangan yang disyaki perompak itu berkejar ke arah pasangan yang sedang berasmara. Lalu, Subuh dah rakan-rakan cuba membantu pasangan tersebut. Malangnya, Subuh ditikam selepas pergelutan dengan seorang perompak. Namun, kejadian ini menunjukkan keberanian Subuh dalam membantu orang walaupun nyawanya terancam. Selain itu, Bab 10 muka surat 137 juga menunjukkan sifat berani Subuh. Semasa mereka masih menengah empat, mereka telah berjaya mengalahkan sepuluh remaja Cina yang menyerang mereka. Subuh telah menasihati rakan-rakannya supaya jangan melarikan diri. Dalam kejadian itu, Subuh telah meggunakan ilmu pertahanan diri yang telah dipelajarinya. Sama juga dengan Senja dan Bujang.

Kedua, Subuh seorang yang amat baik hati. Sifat ini jelas pada Bab 2 muka surat 22. Subuh telah meminta supaya peristiwa dan terutama sekali identiti pasangan yang berasmara di Science Park pada malam itu dirahsiakan. Sebenarnya, pasangan pada malam itu ialah Mr. Rodrigues dan Cikgu Roziah, isteri Mr. Husin. Subuh telah membuat permintaan tersebut kerana ingin menjaga nama baik Sekolah Maktab Rendah Elite dan supaya tidak membusukkan nama bangsa Melayu. Tambahan pula, Bab 4 bermula dari muka surat 46 menceritakan tentang Senja yang teringatkan akan Subuh yang menggalakkan supaya Senja mendirikan solat kerana Senja sudah memeluk agama Islam. Subuh amat baik hati kerana membantu Senja yang baru sahaja memeluk agama Islam. Perbuatan Subuh patut dicontohkan oleh semua Umat Islam.

Ketiga, Subuh seorang yang bekerja keras dalam pelajarannya. Pada mula cerita, pembaca tahu bahawa Subuh dan rakan-rakan ke Science Park untuk belajar. Pada Bab 2 muka surat 18, pembaca diberitahu bahawa pada malam Subuh ditikam, Subuh dan rakan-rakannya baru sahaja habis membaca buku ekonomi mereka apabila tibanya sebuah kereta berdekatan dengan sebuah kereta lagi. Sepanjang cerita ini, pembaca mengetahui bahawa "Subuh dan rakan-rakannya selalu ke Science Park untuk mengulangkaji kerja sekolah mereka. Selain itu, pada Bab 7 muka surat 92, buku memnceritakan bahawa Subuh tidak pernah mendapat wang daripada bapanya. Sebab itu, Subuh harus nekerja menolong penjaja pada tiap hari selepas kolej demi ke kolej dan perbelanjaan kolej". Kegigihan Subuh dalam bekerja supaya dapat sambung belajar di kolej jelas dilihat.

Keempat, Subuh seorang yang bercita-cita tinggi. Pada Bab 12 muka surat 166, Subuh telah meluahkan hasrat untuk "menunjukkan bahawa orang miskin macam aku, boleh belajar sampai universiti supaya orang Melayu yang miskin macam aku ada kemahuan untuk belajar terus... dan yang penting aku tak akan bekerja selepas tamat universiti." Dia juga telah memberitahu bahawa dia ingin menjelajah dunia seperti pengembara-pengembara terkenal dan menimba ilmu yang tidak terdapat dalam mana-mana buku. Walaupun Subuh seorang anak pulau dari Pulau Sengking, dia tetap bercita-cita tinggi.

b) Jelaskan watak dan perwatakan Cikgu Saerah.

Cikgu Sarah adalah seorang guru yang mengajar di Sekolah Maktab Rendah Elite.

Pertama, Cikgu Saerah seorang yang baik hati dan prihatin akan orang yang berada dalam kesukaran. Bapa Subuh tidak pernah memberinya duit. Subh harus bekerja di Haw Par Villa Food Centre dan mencuci kereta guru untuk tambang, buku dan membayar yuran maktab. Namun, Subuh menghadapi masalah untuk melunaskan duit periksa. Lalu, Cikgu Saerah memberitahu Subuh bahawa dia akan melunaskan yuran peperiksaan Subuh. Tambahan pula, Subuh tidak perlu membayar Cikgu Saerah balik kerana Cikgu Saerah menganggap huluran bantuan itu sebagai hadiah kepada Subuh yang jujur dan baik. Ini jelas daripada Bab 12 muka surat 170. Sifat baik hati Cikgu Saerah jelas dalam peristiwa ini kerana Cikgu Saerah sanggup melunaskan yuran peperiksaan yang semestinya mahal. Namun, Subuh tidak perlu membayarnya balik.

Kedua, Cikgu Saerah seorang yang bertanggungjawab. Salih mengadu bahawa Cikgu Saerah "tu macam emak-nenek. Suka berleter saja" dari Bab 3 muka surat 34. Bujang pula berkata sebab Cikgu Saerah selalu berleter kepada Salih adalah kerana Salih selalu tidak hantar buku karangannye dan selalu suka berbual-bual dengan Munah. Salih juga berkata bahawa di benci akan Cikgu Saerah yang suka jaga hal orang. Namun, Bujang berkata bahawa itu adalah tugas Cikgu Saerah sebagai 'discipline teacher' dari muka surat 35. Cikgu Saerah melakukan kerjanya yang diamanahkan kepadanya dengan sebaiknya demi kebaikan pelajar-pelajarnya. Ini menunjukkan Cikgu Saerah seorang yang bertanggungjawab kerana dia melaksanakan tugas dengan sepenuhnya.

Ketiga, Cikgu Saerah seorang yang adil dan tidak berat sebelah. Dia yang membela Bujang apabila dia dituduh menggaris kereta Mr. Rodrigues Mr. Rodrigues telah menuduhnya kerana Bujang berdendam dengannya. Namun, Cikgu Saerah membelanya dengan bukti bahawa sepanjang hari itu Bujang di kelas Cikgu Saerah menolong kerja-kerja menampal poster yang hendak dipertandingkan di dewan. Bukti ini jelas pada Bab 3 muka surat 36. Sikap Cikgu Saerah yang adil dan percaya seseorang yang tidak bersalah patut dibela telah menyelamatkan Bujang daripada didenda oleh Mr. Rodrigues.

Keempat, Cikgu Saerah seorang yang penyayang. Dia teringat akan Subuh yang memberitahunya bahawa dia sangat menyayangi Cikgu Saerah. Bukti ini dari Bab 13 muka surat 182; "Eh! Cikgu.. saya sayang Cikgu macam kakak saya, macam emak saya! Walaupun saya pindah ke tempat lain, saya tetap akan jumpa Cikgu!" Cikgu Saerah menangis mendengar kata-kata Subuh itu. Dia tentu sekali terharu mendengar pengakuan Subuh. Cikgu Saerah mungkin menyayangi Subuh sebagai adik atau anaknya sendiri. Rasa kasih sayang dan prihatin Cikgu Saerah terhadap Subuh sangat jelas pada waktu-waktu Cikgu Saerah membantu Subuh seperti waktu itu Cikgu Saerah bercadang untuk melunaskan yuran peperiksaan Subuh sebab Subuh tidak cukup wang.

Terangkan empat pengajaran yang boleh dijadikan ikhtibar oleh masyarakat. Berikan contoh-contoh untuk menyokong jawapan kamu.

Pertama, jangan bersikap berat sebelah serta memandang rendah terhadap orang lain. Pengajaran ini dapat dilihat dari Bab 2 muka surat 26, "apabila mengajar dan bercakap dengan pelajar-pelajar perempuan begitu lemah-lembut dan berbudi bahasa, tapi apabila bercakap dengan pelajar lelaki selali menengking-nengking saja" menunjukkan sikap Mr. Rodrigues yang berat sebelah. Selain itu dari Bab 5 muka surat 69; "Itulah Sir... kita tidak boleh pandang orang selalu rendah. Dalam kerendahan manusia ada sifat mulianya yang kita tidak tahu, sebaliknya dalam ketinggian manusia biasanya ada sifat syaitannya pula!" - kata-kata Senja yang menyindir Mr. Rodrigues. Tambahan pula dari Bab 9 muka surat 128; "bolehkah kita percaya kepada mereka yang berlainan kulit dengan kita?" menunjukkan sikap Mrs. Teo yang memandang rendah terhadap bangsa lain. Seharusnya sebagai guru besar maktab rendah, dia tidak patut mempunyai sikap begitu.

Kedua, kita hendaklah bertanggungjawab dan menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada kita dengan sebaiknya. Dari Bab 3 muka surat 30, Salih berpendapat bahawa Mr. Rodrigues "guru yang paling pemalas di dunia ini yang aku tahu. Dua minggu sekali kasi compo, tapi buku kita, kertas kita tak pernah dibalikkan..." Selain itu, dari Bab 10 muka surat 100; "Kalau principal nampak Mr. Gazali tak masuk kelas in time... dia tak berani buat apa-apa sebab abang Mr. Gazali setiausaha politik kementerian". Bukti-bukti tersebut menimbulkan bahawa sebagai guru-guru sekolah, seorang itu patut melaksanakan kerja dan tanggungjawabnya. Dia tidak patut mengabaikan pelajar-pelajarnya kerana objektif murid-murid datang ke sekolah adalah untuk belajar dan diajar oleh guru-guru. Jika guru-guru mengabaikan tanggungjawab mereke, murid-murid mungkin hilang objektif itu.

Ketiga, kita harus bijak mengawal perasaan dan diri kita sendiri. Mr. Rodrigues telah menunjukkan sikapnya yang panas baran dan tidak boleh mengawal perasaan dengan sebaiknya. Dari Bab 3 muka surat 33, Mr. Rodrigues telah menuduh Bujang mencuri barang di Raffles Institution tanpa bukti. Lalu, Bujang diturunkan pangkat daripada sergeant ke las koperal. Tambahan pula, Mr. Rodrigues telah memarahi Bujang dengan berkata, "Lokk at me, you fool!" dan "Shut your mouth, stupid!" Selain itu, Subuh dan Senja telah dirotan dan digugur daripada pasukan bola sepak maktab kerana tidak menghadirkan diri untuk perlawanan, dari Bab 6 muka surat 75. Sebenarnya, mereka tidak ada tambang untuk ke kolej dan harus bekerja sambilan. Sebab itu, jika kita mengawal perasaan kita dengan baik, kita dapat menyelesaikan apa-apa masalah dengan cara yang baik.

Keempat, kita hendaklah galakkan perbuatan yang baik dan elakkan daripada melakukan perbuatan yang buruk. Dari Bab 4 bermula dari muka surat 46, ia menceritakan Senja yang terkenang akan kata-kata Subuh yang menggalakkannya supaya mendirikan solat kerana Senja sudah memeluk agama Islam; "Kau sudah kuat Peng Yeo. Kau sudah tahu menyebut dua kalimah syahadat. Kau sudah menjadi orang Islam, kau mesti sembahyang". Subuh menggalakkan Senja supaya sembahyang untuk kebaikan Senja sendiri. Dari Bab 8 muka surat 114 pula menunjukkan perbuatan buruk antara Mr. Rodrigues dan Cikgu Roziah. Ia menjelaskan perbincangan antara Mr. Rodrigues dan Cikgu Roziah tentang Senja dan kawan-kawannya menyimpan rahsia mengenai malam tersebut. Perbualan mereka melalui panggilan telefon penuh dengan perkataan 'darling'. Walaupun perhubungan mereka bukan rahsia lagi sepenuhnya, mereka tetap menjalinkannya. Lagi pun, Cikgu Roziah isteri Mr. Husin dan Mr. Rodrigues pula sudah beristeri. Namun, mereka belum ingin berinsaf.
1:41 AM

Pemilik blog

Photobucket RIDZWAN
Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang
4P1


Komen-komen



Kawan-kawan

Cikgu Sazali Asyur Azlinda Faris Hafiz Haziq Khairuddin Mardhiyyah Shahirah Shalinah Syafiq Syafiqah Syazana Minah Sastera
Layout by 16thday
Resources One Two Three