Monday, January 19, 2009
Sebelum kita disuruh untuk salinkan sebuah pantun berkait, cikgu telah mengajar kita perkataan baru iaitu taakul. Dalam sastera, kita harus menaakul atau pun membuat pertimbangan dengan logik terhadap bahan-bahan seperti pantun. Kita harus cuba memahami maksud yang tersirat dalam bahan tersebut. Inilah pantun berkait yang telah kita salinkan. Burung belibis di atas lantai, Buah rambai dalam padi; Tuan Raffles orang yang pandai, Tahu sungguh mengambil hati. Buah rambai dalam padi, Lazat cita pula rasanya; Pandai sungguh mengambil hati, Serta dengan budi bahasanya. Lazat cita pula rasanya, Jeruju dengan durinya; Serta dengan budi bahasanya, Setuju pula dengan isterinya. Jeruju dengan durinya, Di tepi jalan orang berlari; Setuju pula dengan isterinya, Seperti bulan dengan matahari. Dipetik dari Karya Agung Pantun Melayu, 2001 Baru tadi, syafiq telah menelefon saya. Dia memberitahu saya bahawa petang tadi di sekolah ada kelas randai. Saya terperanjat kerana tidak tahu langsung tentang hal ini. Lagi pun, semasa saya, hafiz, haziq, syafiq dan hazim hendak pulang rumah, kita terserempak dengan murid-murid perempuan kelas sastera. Mereka langsung tidak memberitahu kita apa-apa. Kita pun balik lah. Saya harap cikgu maafkan kita. =D 7:06 AM
|
Pemilik blog ![]() Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang 4P1 Komen-komen Kawan-kawan Cikgu Sazali Asyur Azlinda Faris Hafiz Haziq Khairuddin Mardhiyyah Shahirah Shalinah Syafiq Syafiqah Syazana Minah Sastera |