Profil

Photobucket
RIDZWAN
Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang
4P1
muzik

=]
Sunday, January 18, 2009

Jumaat yang lalu, kita telah mendengar sebuah lagu ghazal. Lagunya ialah Pulau Pisang. Ada pantun di dalam lyrik lagu tersebut.

Pantun pertama:

Pulau Pisang / rumah api
Pedoman kapal / belayar malam;
Sebelum ajal / berpantang mati,
Walau tercampak / lautan dalam.

Pantun Kedua: (pantun berkait)

Pedoman kapal / belayar malam
Sarat bermuat / buah keranji;
Walau tercampak / lautan dalam,
Tidak terlupa / segala janji.

Palang-palang dalam kedua-dua pantun menunjukkan di mana jedanya semasa membaca pantun.

Pantun ada strukturnya tersendiri.

1. Dua kerat awal ialah pembayang maksudnya.
2. Dua kerat terakhir pula ialah maksudnya.
3. Setiap kerat mempunyai 8 hingga 12 suku kata.
4. Untuk baris 1 suku kata terakhirnya harus sama dengan suku kata terakhir baris 3.
Hujung baris 1 dan 3 - aa
5. Untuk baris 2 suku kata terakhirnya harus sama dengan suku kata terakhir baris 4.
Hujung baris 2 dan 4 - bb
*Dalam pantun kurang mengunakan imbuhan.

Struktur syair pula berbeza dengan struktur pantun.

1. Tidak ada pembayang maksud.
2. Suku kata pada setiap baris sama bunyinya.

Respons saya:

Saya rasa cikgu telah menerangkan struktur pantun dengan baik. Saya telah mempelajari bahawa pantun mempunyai dua bahagian iaitu pembayang maksud dan maksud. Cikgu juga telah menggunakan contoh yang baik untuk menjelaskan perbezaan antara pantun dan syair.
6:41 AM

Pemilik blog

Photobucket RIDZWAN
Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang
4P1


Komen-komen



Kawan-kawan

Cikgu Sazali Asyur Azlinda Faris Hafiz Haziq Khairuddin Mardhiyyah Shahirah Shalinah Syafiq Syafiqah Syazana Minah Sastera
Layout by 16thday
Resources One Two Three