Profil

Photobucket
RIDZWAN
Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang
4P1
muzik

=]
Thursday, September 2, 2010


Alhamdulillah! Gred A1 untuk Kertas Prelim Sastera. Harap-harap saya boleh mendapat gred yang sama untuk Peperiksaan Peringkat O pula. Doa-doakan ya? Hehe.
6:55 AM

Tuesday, August 24, 2010



Penerangan lanjut untuk bahagian saya iaitu perwatakan Subuh dan Cikgu Saerah dan juga empat pengajaran yang dapat dipelajari ada di post yang sebelumnya.. Penjelasan lanjut bagi yang lain boleh dibaca di blog Hafiz Klik di sini untuk ke sana :D
1:56 AM


a) Jelaskan watak dan perwatakan Subuh.

Subuh adalah anak kepada Pak Mahmud. Dia mempunyai seorang ibu tiri ayng bernama Cik Besar.
Dia juga kawan rapat Senja, Salih dan Bujang. Tambahan pula, dia berasal dari Pulau Sengking.

Pertama, Subuh seorang yang berani membantu orang yang berada dalam kesukaran. Sifatnya yang berani jelas pada Bab 2 muka surat 19. Senja menceritakan bahawa Subuh telah mengajaknya dan rakan-rakan mendekati pasangan-pasangan yang berada di Science Park pada malam itu. Kereta pasangan yang disyaki perompak itu berkejar ke arah pasangan yang sedang berasmara. Lalu, Subuh dah rakan-rakan cuba membantu pasangan tersebut. Malangnya, Subuh ditikam selepas pergelutan dengan seorang perompak. Namun, kejadian ini menunjukkan keberanian Subuh dalam membantu orang walaupun nyawanya terancam. Selain itu, Bab 10 muka surat 137 juga menunjukkan sifat berani Subuh. Semasa mereka masih menengah empat, mereka telah berjaya mengalahkan sepuluh remaja Cina yang menyerang mereka. Subuh telah menasihati rakan-rakannya supaya jangan melarikan diri. Dalam kejadian itu, Subuh telah meggunakan ilmu pertahanan diri yang telah dipelajarinya. Sama juga dengan Senja dan Bujang.

Kedua, Subuh seorang yang amat baik hati. Sifat ini jelas pada Bab 2 muka surat 22. Subuh telah meminta supaya peristiwa dan terutama sekali identiti pasangan yang berasmara di Science Park pada malam itu dirahsiakan. Sebenarnya, pasangan pada malam itu ialah Mr. Rodrigues dan Cikgu Roziah, isteri Mr. Husin. Subuh telah membuat permintaan tersebut kerana ingin menjaga nama baik Sekolah Maktab Rendah Elite dan supaya tidak membusukkan nama bangsa Melayu. Tambahan pula, Bab 4 bermula dari muka surat 46 menceritakan tentang Senja yang teringatkan akan Subuh yang menggalakkan supaya Senja mendirikan solat kerana Senja sudah memeluk agama Islam. Subuh amat baik hati kerana membantu Senja yang baru sahaja memeluk agama Islam. Perbuatan Subuh patut dicontohkan oleh semua Umat Islam.

Ketiga, Subuh seorang yang bekerja keras dalam pelajarannya. Pada mula cerita, pembaca tahu bahawa Subuh dan rakan-rakan ke Science Park untuk belajar. Pada Bab 2 muka surat 18, pembaca diberitahu bahawa pada malam Subuh ditikam, Subuh dan rakan-rakannya baru sahaja habis membaca buku ekonomi mereka apabila tibanya sebuah kereta berdekatan dengan sebuah kereta lagi. Sepanjang cerita ini, pembaca mengetahui bahawa "Subuh dan rakan-rakannya selalu ke Science Park untuk mengulangkaji kerja sekolah mereka. Selain itu, pada Bab 7 muka surat 92, buku memnceritakan bahawa Subuh tidak pernah mendapat wang daripada bapanya. Sebab itu, Subuh harus nekerja menolong penjaja pada tiap hari selepas kolej demi ke kolej dan perbelanjaan kolej". Kegigihan Subuh dalam bekerja supaya dapat sambung belajar di kolej jelas dilihat.

Keempat, Subuh seorang yang bercita-cita tinggi. Pada Bab 12 muka surat 166, Subuh telah meluahkan hasrat untuk "menunjukkan bahawa orang miskin macam aku, boleh belajar sampai universiti supaya orang Melayu yang miskin macam aku ada kemahuan untuk belajar terus... dan yang penting aku tak akan bekerja selepas tamat universiti." Dia juga telah memberitahu bahawa dia ingin menjelajah dunia seperti pengembara-pengembara terkenal dan menimba ilmu yang tidak terdapat dalam mana-mana buku. Walaupun Subuh seorang anak pulau dari Pulau Sengking, dia tetap bercita-cita tinggi.

b) Jelaskan watak dan perwatakan Cikgu Saerah.

Cikgu Sarah adalah seorang guru yang mengajar di Sekolah Maktab Rendah Elite.

Pertama, Cikgu Saerah seorang yang baik hati dan prihatin akan orang yang berada dalam kesukaran. Bapa Subuh tidak pernah memberinya duit. Subh harus bekerja di Haw Par Villa Food Centre dan mencuci kereta guru untuk tambang, buku dan membayar yuran maktab. Namun, Subuh menghadapi masalah untuk melunaskan duit periksa. Lalu, Cikgu Saerah memberitahu Subuh bahawa dia akan melunaskan yuran peperiksaan Subuh. Tambahan pula, Subuh tidak perlu membayar Cikgu Saerah balik kerana Cikgu Saerah menganggap huluran bantuan itu sebagai hadiah kepada Subuh yang jujur dan baik. Ini jelas daripada Bab 12 muka surat 170. Sifat baik hati Cikgu Saerah jelas dalam peristiwa ini kerana Cikgu Saerah sanggup melunaskan yuran peperiksaan yang semestinya mahal. Namun, Subuh tidak perlu membayarnya balik.

Kedua, Cikgu Saerah seorang yang bertanggungjawab. Salih mengadu bahawa Cikgu Saerah "tu macam emak-nenek. Suka berleter saja" dari Bab 3 muka surat 34. Bujang pula berkata sebab Cikgu Saerah selalu berleter kepada Salih adalah kerana Salih selalu tidak hantar buku karangannye dan selalu suka berbual-bual dengan Munah. Salih juga berkata bahawa di benci akan Cikgu Saerah yang suka jaga hal orang. Namun, Bujang berkata bahawa itu adalah tugas Cikgu Saerah sebagai 'discipline teacher' dari muka surat 35. Cikgu Saerah melakukan kerjanya yang diamanahkan kepadanya dengan sebaiknya demi kebaikan pelajar-pelajarnya. Ini menunjukkan Cikgu Saerah seorang yang bertanggungjawab kerana dia melaksanakan tugas dengan sepenuhnya.

Ketiga, Cikgu Saerah seorang yang adil dan tidak berat sebelah. Dia yang membela Bujang apabila dia dituduh menggaris kereta Mr. Rodrigues Mr. Rodrigues telah menuduhnya kerana Bujang berdendam dengannya. Namun, Cikgu Saerah membelanya dengan bukti bahawa sepanjang hari itu Bujang di kelas Cikgu Saerah menolong kerja-kerja menampal poster yang hendak dipertandingkan di dewan. Bukti ini jelas pada Bab 3 muka surat 36. Sikap Cikgu Saerah yang adil dan percaya seseorang yang tidak bersalah patut dibela telah menyelamatkan Bujang daripada didenda oleh Mr. Rodrigues.

Keempat, Cikgu Saerah seorang yang penyayang. Dia teringat akan Subuh yang memberitahunya bahawa dia sangat menyayangi Cikgu Saerah. Bukti ini dari Bab 13 muka surat 182; "Eh! Cikgu.. saya sayang Cikgu macam kakak saya, macam emak saya! Walaupun saya pindah ke tempat lain, saya tetap akan jumpa Cikgu!" Cikgu Saerah menangis mendengar kata-kata Subuh itu. Dia tentu sekali terharu mendengar pengakuan Subuh. Cikgu Saerah mungkin menyayangi Subuh sebagai adik atau anaknya sendiri. Rasa kasih sayang dan prihatin Cikgu Saerah terhadap Subuh sangat jelas pada waktu-waktu Cikgu Saerah membantu Subuh seperti waktu itu Cikgu Saerah bercadang untuk melunaskan yuran peperiksaan Subuh sebab Subuh tidak cukup wang.

Terangkan empat pengajaran yang boleh dijadikan ikhtibar oleh masyarakat. Berikan contoh-contoh untuk menyokong jawapan kamu.

Pertama, jangan bersikap berat sebelah serta memandang rendah terhadap orang lain. Pengajaran ini dapat dilihat dari Bab 2 muka surat 26, "apabila mengajar dan bercakap dengan pelajar-pelajar perempuan begitu lemah-lembut dan berbudi bahasa, tapi apabila bercakap dengan pelajar lelaki selali menengking-nengking saja" menunjukkan sikap Mr. Rodrigues yang berat sebelah. Selain itu dari Bab 5 muka surat 69; "Itulah Sir... kita tidak boleh pandang orang selalu rendah. Dalam kerendahan manusia ada sifat mulianya yang kita tidak tahu, sebaliknya dalam ketinggian manusia biasanya ada sifat syaitannya pula!" - kata-kata Senja yang menyindir Mr. Rodrigues. Tambahan pula dari Bab 9 muka surat 128; "bolehkah kita percaya kepada mereka yang berlainan kulit dengan kita?" menunjukkan sikap Mrs. Teo yang memandang rendah terhadap bangsa lain. Seharusnya sebagai guru besar maktab rendah, dia tidak patut mempunyai sikap begitu.

Kedua, kita hendaklah bertanggungjawab dan menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada kita dengan sebaiknya. Dari Bab 3 muka surat 30, Salih berpendapat bahawa Mr. Rodrigues "guru yang paling pemalas di dunia ini yang aku tahu. Dua minggu sekali kasi compo, tapi buku kita, kertas kita tak pernah dibalikkan..." Selain itu, dari Bab 10 muka surat 100; "Kalau principal nampak Mr. Gazali tak masuk kelas in time... dia tak berani buat apa-apa sebab abang Mr. Gazali setiausaha politik kementerian". Bukti-bukti tersebut menimbulkan bahawa sebagai guru-guru sekolah, seorang itu patut melaksanakan kerja dan tanggungjawabnya. Dia tidak patut mengabaikan pelajar-pelajarnya kerana objektif murid-murid datang ke sekolah adalah untuk belajar dan diajar oleh guru-guru. Jika guru-guru mengabaikan tanggungjawab mereke, murid-murid mungkin hilang objektif itu.

Ketiga, kita harus bijak mengawal perasaan dan diri kita sendiri. Mr. Rodrigues telah menunjukkan sikapnya yang panas baran dan tidak boleh mengawal perasaan dengan sebaiknya. Dari Bab 3 muka surat 33, Mr. Rodrigues telah menuduh Bujang mencuri barang di Raffles Institution tanpa bukti. Lalu, Bujang diturunkan pangkat daripada sergeant ke las koperal. Tambahan pula, Mr. Rodrigues telah memarahi Bujang dengan berkata, "Lokk at me, you fool!" dan "Shut your mouth, stupid!" Selain itu, Subuh dan Senja telah dirotan dan digugur daripada pasukan bola sepak maktab kerana tidak menghadirkan diri untuk perlawanan, dari Bab 6 muka surat 75. Sebenarnya, mereka tidak ada tambang untuk ke kolej dan harus bekerja sambilan. Sebab itu, jika kita mengawal perasaan kita dengan baik, kita dapat menyelesaikan apa-apa masalah dengan cara yang baik.

Keempat, kita hendaklah galakkan perbuatan yang baik dan elakkan daripada melakukan perbuatan yang buruk. Dari Bab 4 bermula dari muka surat 46, ia menceritakan Senja yang terkenang akan kata-kata Subuh yang menggalakkannya supaya mendirikan solat kerana Senja sudah memeluk agama Islam; "Kau sudah kuat Peng Yeo. Kau sudah tahu menyebut dua kalimah syahadat. Kau sudah menjadi orang Islam, kau mesti sembahyang". Subuh menggalakkan Senja supaya sembahyang untuk kebaikan Senja sendiri. Dari Bab 8 muka surat 114 pula menunjukkan perbuatan buruk antara Mr. Rodrigues dan Cikgu Roziah. Ia menjelaskan perbincangan antara Mr. Rodrigues dan Cikgu Roziah tentang Senja dan kawan-kawannya menyimpan rahsia mengenai malam tersebut. Perbualan mereka melalui panggilan telefon penuh dengan perkataan 'darling'. Walaupun perhubungan mereka bukan rahsia lagi sepenuhnya, mereka tetap menjalinkannya. Lagi pun, Cikgu Roziah isteri Mr. Husin dan Mr. Rodrigues pula sudah beristeri. Namun, mereka belum ingin berinsaf.
1:41 AM

Monday, April 12, 2010

3a) Tema sajak 'Lorong Engku Aman' adalah perubahan pada masyarakat dan persekitaran dalam sebuah kampung yang telah menerima pembaharuan moden dan kekal relevan sekarang.

b) Lorong Engku Aman kini mempunyai rumah pangsa yang tinggi dan tidak ada kampung lagi. Ternakan haiwan juga sudah tidak ada lagi. Tambahan pula, pemerintah telah membuat undang-undang demi mengawal bilangan penduduk di dalam negara. Undang-undang itu berkata bahawa dua anak pada setiap pasangan sudah mencukupi. Selain itu, individu-individu yang tinggal di situ sudak tidak bertanya khabar antara satu sama lain. Mereka hanya cukup angguk bila bertemu. Hidup pula semakin sibuk dan padat dengan hal masing-masing. Terakhir sekali, ramai orang terpaksa berpisah dengan orang yang disayangi. Semua perubahan ini dapat dilihat daripada rangkap satu hingga rangkap lima.

c) Pertama adalah hubungan antara jiran yang semakin renggang. Keprihatinan ini timbul dari rangkap tiga baris satu dan baris dua.

Bicara tak bersuara
Bertemu cukup angguk

Bukti ini mengetengahkan hal di mana jiran-jiran tidak bercakap dengan satu sama lain lagi apabila bertemu. Mereka hanya mengangguk jika berjumpa. Manakala, dahulu, pendududk Lorong Engku Aman selalu bertemu-sapa bila bertemu. Sikap ini akan membuat hubungan antara jiran semakin renggang. Ini ada pengaruh yang negatif pada masyarakat. Ahli-ahli masyarakat akan kurang mengenali satu sama lain dan kurang kepercayaan pada satu sama lain. Ini akan menjejas sikap gotonh-royong yang pernah ada dim dalam masyarakat Lorong Engku Aman.

Kedua, kehidupan penduduk bertambah sibuk dan padat. Ini dapat dilihat dari rangkap tiga bari tiga dan empat dan rangkap empat baris satu dan dua.

Semua dinamis semua sibuk
Urusan ya urusan negara

Hidup jadi padat
Buang yang mengikat

Sebab kemajuan negara, ada kenaikan dalam jumlah pekerjaan. Tambahan pula, skop setiap pekerjaan diperkembangkan. Lali, kebanyakan masa penduduk dihabiskan semasa bekerja. Kehidupan mereka dipenuhi dengan acara-acara dan aktiviti-aktiviti yang tertentu. Selain itu, penduduk harus bekerja keras untuk menampung kos kehidupan yang lebih mahal. Para penduduk mungkin terpaksa mengetepikan perkara-perkara yang penting demi pekerjaan.

Justeru, sikap masyarakat yang mengetepikan hal-hal penting seperti agama juga menjadi keprihatinan penyajak. Buktinya didapati dari baris-baris yang sama seperti keprihatinan kedu. Misalnya, sebab terlalu sibuk, seseorang itu mungkin akan mebgambil keputusan untuk meninggalkan solat. Seseorang ibu atau bapa pula mungkin akan mengabaikan pembesaran atau pendidikan anak-anaknya. Lalu, dengan mengetepikan hal-hal penting seperti yang telah saya huraikan, moral dan nilai etika yang kita ada. Ini juga boleh menjejas generasi akan datang dan generasi-generasi selanjutnya.

Keempat adalah kehilangan cara hidup kampung. Ini jelas dari rangkap dua.

Anak-anak berkejaran di menara awan
Ternakan tak berpunya
Anak rancangan keluarga
Dua cukup sempurna

Dahulu, kanak-kanak akan bermain dengan persekitaran mereka di kamoung. Misalnya, mereka akan memanjat pokok, berenang dalam sungai dan sebagainya. Namun, sekarang kanak-kanak akan bermain berdekatan rumah dan tidak terdedah pada alam semulajadi. Dahulu pula, ada penternakan haiwan-haiwan seperti ayam, kerbau dan kambing. Namun, dengan pembangunan rumah-rumah pangsa, hal penternakan kurang sesuai dalam persekitaran moden. Terakhir sekali, dahulu, masyarakat kampung senang dengan keluarga yang besar. Walau bagaimana pun, kini, masyarakat fikir ia lebih praktikal untuk membina keluarga yang kecil sebab kos kehidupan sudah meningkat.

Pada keseluruhannya, keprihatinan penyajak adalah dengan cara kehidupan penduduk di Lorong Engku Aman. Dari rangkap terakhir;

Lorong Engku Aman
Kau menerima kemajuan
Aku anaknya menjadi saksi
Lanjutan depan kau dapat mengerti

Penyajak berpendapat bahawa dengan kemajuan pada tempat itu perubahan akan berlaku kepada masyarakatnya. Contohnya, hubungan antara ahli-ahli masyarakat tidak akan begitu rapat lagi. Tambahan pula, masyarakat moden akan terlalu sibuk untuk mengendahkan hal-hal penting dan cara hidup lampung akan kehilangan. Lalu, cara hidup moden akan timbul.
9:33 PM

Saturday, March 20, 2010

a) Huraikan watak Jamal sebagai seoarang ayah sepertimana yang dipaparkan dalam petikan cerpen ini.

Jamal adalah seorang bapa kepada Adli dan Aliza. Dia seorang yang bengis dan tegas.

Pertama sekali, Jamal seorang bapa yang prihatin tentang keputusan sekolah anak-anaknya. Ternyata, dalam cerpen ini, Jamal menegur anak-anaknya apabila mendapati bahawa keputusan anak-anaknya untuk beberapa subjek kurang memuaskan. Adli dan Aliza tidak lulus dalam Bahasa Melayu dan Matematil. Sebab itu, Jamal mengur mereka. Ini menunjukkan dia prihatin tentang pendidikan anak-anaknya.

Walau bagaimana pun, Jamal lalai dalam proses pendidikan anak-anaknya. Hanya menegur tidak cukup untuk memperbaiki prestasi pelajaran anak-anak. Jamal tidak menyediakan keperluan asas dalam pelajaran anak-anaknya. Aliza ada menyahut bahawa Jamal tidak membelikan buku Matematik. Buktinya, " "Buku kira-kira Aliza ayah belum beli," sahut Aliza tertahan-tahan." Namun demikian, Jamal tidak memberi penjelasan kenapa dia tidak membelikan buku tersebut. Dia hanya memarahi Aliza kerana berani menjawab. Ini menunjukkan bahawa dia mungkin terlupa untuk membeli buku itu atau dia fikir bukut tersebut kurang penting, Inilah kelalaian Jamal dalam proses pendidikan anak-anaknya.

Justeru, dapat dikatalan Jamal kurang bertanggungjawab terhadap pendidikan anak-anaknya. Amin dan isteri Jamal ada memuji-muji bunga-bunga orkidnya. Lalu, ini menunjukkan Jamal telah menggunakan banyak tenaga dan telah bertungkus-lumus untuk menyerikan dan mencantikkan pondok orkidnya. Pada hakikatnya, orkid-orkidnya mendapat pujian tetapi anak-anaknya dimarahi kerana tidak cemerlang dalam peperiksaan sekolah. Anak-anakne tidak boleh disalahkan secara keseluruhan kerana ibu bapa yang harus menunjukkan ajar dan membimbing anak-anak dalam pelajaran.

Terakhir, Jamal seorang yang panas baran. Dia mudah dan cepat marah kerana kelakuan anak-anaknya. Dia hanya memarahi Adli dan Aliza tentang keputusan peperiksaan tanpa memikirkan penyelesaian untuk memperbaiki keputusan anak-anaknya. Sifat panas baran Jamal boleh dikaitkan dengan peribahasa 'belum duduk berlunjur dahulu'. Sifat panas baran Jamal begitu dahsyat sehinggakan dia melabelkan Adli bodoh dan mengambil keputusan untuk tidak menyain buku kecil Adli

b) Jelaskan perasaan Asiah terhadap orkid yang ditanamnya dan cara dia melayani tanamannya itu.

Asiah bangga dan gembira dengan orkid yang ditanamnya. Ini jelas daripada perenggan ini;

" "Belum lama kita membelanya dah mula berbunga," kata Asiah mengurut-urut kuntum bunga yang baru menjulur itu bagaikan mengurut kepala anak kecilnya sahajan. Wajahnya berseri-seri keriangan. "

Dia telah meluangkan masa yang banyak untuk menyiram bunga-bunga tersebut dan untuk menanam baja. Asiah telah memberi perhatian yang secukunya terhadap orkidnya. Dengan ketekunannya, orkid-orkid itu sudah berbunga dan amat cantik sekali. Daripada situ lah timbul kebanggaan dan kegembiraan Asiah.

c) "Tapi ... anak-anak kita tak ada yang menjadi Asiah ...!" Jelaskan perkara yang menyebabkan Jamal melafazkan ungkapan tersebut.

Jamal telah melafazkan ungkapan tersebut apabila isterinya, Asiah sedang berangan-angan untuk menjual bunga orkid yang sudah mula berbunga dan menjadi. Jamal jurang senang dengan kata-kata Asiah kerana dia hanya mengingati prestasi anaknya di sekolah. Jamal telah membuat perbandingan antara anak-anaknya dan bunga orkidnya. Ada beberapa perkara yang telah menyebabkan Jamal melafazkan ungkapan tersebut.

Pertama sekali, keputusan Adli dan Aliza di sekolah yang kurang memuaskan telah mengecewakan Jamal. Jamal telah menjangkakan yang lebih baik daripada anak-anaknya. Namun, pada hakikatnya, prestasi mereka di sebaliknya. Perkara ini telah menghampakan Jamal. Lalu, apabila Asiah sedang bercakap tentang bunga orkidnya, dia teringat akan anak-anaknya dan membuat perbandingan.

Justeru, ini menunjukkan isterinya bercakap tentang bunga orkid Jamal yang sudah mula berbunga dan menjadi telah memainkan peranan dalam Jamal melafazkan ungkapan tersebut. Jamal dan Asiah sudah memberikan perhatian yang cukup pada bunga orid mereka sehinggakan bunga orkid mereka mula membunga dan menjadi. Namun, mereka telah mengabaikan pendidikan anak-anak mereka. Lalu, keputusan Adli dan Aliza kurang memuaskan.

Lalu, kesedaran Jamal bahawa dia dan Asiah telah memberi lebih perhatian kepada bunga orkidnya daripada pelajaran anak-anaknya juga memainkan peranan. Dengan kesedaran itu, dia pun sedar bahawa dia dan Asiah tidak melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa. Mereka tidak membimbing Adli dan Aliza dalam pelajaran mereka dan lebih prihatin tentang bunga orkid mereka. Sebab kelalaian mereka, pelajaran anak-anak mereka terjejas. Justeru, Jamal melafazkan ungkapan tersebut kerana dia juga ingin Asiah sedar akan kelalaiannya.
12:00 PM

Tuesday, January 27, 2009

Ini ialah tugasan rumah yang telah saya selesaikan. Berikut adalah jawapan saya untuk pantun-pantun teka-teki yang diberi.

1. Pergi ke dapur untuk masak,
Pergi masak untuk makan;
Binatangnya bukan katak,
Tapi seekor ayak jantan.

2. Pagi-pagi burung bangun,
Terbang tinggi mencari cacing;
Saya menjawab dengan pantun,
Jawapannya ialah gasing.

3. Penat bekerja si pesawah,
Walaupun hendak bersara;
Jangan marah kalau salah,
Jawapan saya ialah mangga.

4. Pergi ke kedai mencari makan,
Terserempak pula dengan Cik Eton;
Saya sudah mendapat jawapan,
Jawapannya ialah belon.

5. Air membasah pasir pantai,
Di tepi pantai ada sampan;
Bila menziarahi sahabat handai,
Akan dibawa buah tangan.

6. Mendapatkan air dari perigi,
Mendapatkannya mengambil masa;
Untuk mendaki tempat tinggi,
Orang haruslah gunakan tangga.
6:15 AM


Definisi kesusasteraan ialah ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Perkataan ini berasal daripada cantuman kata 'su' dan 'sastra'. Su bermakna baik, indah, cantik atau berguna. Sastra pula bermakna karya atau buku. Lalu, susastera bermakna karya yang indah dan berguna. Dengan apitan 'ke...an', kesusasteraan bermakna semua bentuk karya bernilai seni dan berguna.

Fungsi kesusateraan
  • kepada khalayak
- menyampaikan pengajaran/pendidikan
- memberikan hiburan

  • kepada pengarang
- mendapatkan kepuasan/keseronokan
- memperbaiki dan menajamkan pemikiran
- berbakti kepada masyarakat
- menyara hidup

Ciri-ciri
- sastera lisan
- sastera tulisan
- karya kreatif
- karya bukan kreatif
- unsur-unsur estetika
5:39 AM

Pemilik blog

Photobucket RIDZWAN
Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang
4P1


Komen-komen



Kawan-kawan

Cikgu Sazali Asyur Azlinda Faris Hafiz Haziq Khairuddin Mardhiyyah Shahirah Shalinah Syafiq Syafiqah Syazana Minah Sastera
Layout by 16thday
Resources One Two Three